Saturday, 30 June 2018

Majlis Persaraan Encik Zaid bin Yusof



1.0        PENDAHULUAN

Majlis Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah yang bersara dari perkhidmatan  di sekolah ini sama ada guru mahu pun staf sekolah.  Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa perkhidmatan mereka telah berakhir. Melalui program yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang  pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa.

2.0        MATLAMAT / OBJEKTIF
Melalui program ini diharapkan semua pihak akan dapat:

·                     Meraikan staff SK Kampung Gemuroh yang bersara dengan penghormatan daripada warga sekolah.
·                     Staff  yang bersara  dapat berkongsi pengalaman kepada warga    sekolah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.


3.0        TARIKH

28 Jun 2018



4.0        KUMPULAN SASARAN

Semua guru, AJK PIBG, komuniti dan murid- murid SK Kampung Gemuroh



5.0      LAPORAN BERGAMBAR


      





 







6.0  REFLEKSI
Secara keseluruhannya, majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan jayanya dengan penglibatan guru-guru dan murid-murid SKKG yang menggalakkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Pentadbir SKKG, Jawatankuasa Persaraan, Jawatankuasa PIBG,  guru-guru dan murid – murid atas kerjasama padu yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment