1.0
PENDAHULUAN
Majlis
Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah yang
bersara dari perkhidmatan di sekolah ini sama ada guru mahu pun staf sekolah.
Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan satu acara
bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan
diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa perkhidmatan
mereka telah berakhir. Melalui program yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat
menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hari
yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang
dikenang sepanjang masa.
2.0
MATLAMAT
/ OBJEKTIF
Melalui
program ini diharapkan semua pihak akan dapat:
·
Meraikan staff SK Kampung Gemuroh
yang bersara dengan penghormatan daripada warga sekolah.
·
Staff yang bersara dapat berkongsi pengalaman
kepada warga sekolah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar.
3.0
TARIKH
28
Jun 2018
4.0
KUMPULAN
SASARAN
Semua
guru, AJK PIBG, komuniti dan murid- murid SK Kampung Gemuroh
5.0 LAPORAN BERGAMBAR
6.0 REFLEKSI
Secara
keseluruhannya, majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan jayanya dengan penglibatan
guru-guru dan murid-murid SKKG yang menggalakkan. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada Pihak Pentadbir SKKG, Jawatankuasa Persaraan, Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan murid – murid atas kerjasama
padu yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.