Salam ceria.....
PENDAHULUAN
| |
Kegiatan dan aktiviti sukan di sekolah memainkan peranan yang penting ke arah pembangunan diri seseorang individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malahan kegiatan sukan juga boleh memberikan pengalaman lain seperti kemahiran bersosial, kemahiran memimpin dan pembentukan sahsiah diri. Memandangkan kepada hakikat tersebut, penganjuran kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang berlandaskan kepada dasar kementerian iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid. Atas kesedaran ini, maka Jawatankuasa Sukan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh sentiasa memberikan perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid.
|
Tahniah semua. Kalian memang hebat.
Sekian...
|
No comments:
Post a Comment