Friday, 9 March 2018

Majlis Aku janji, Satu Wajah Seribu Warna dan Dialog Prestasi Tahun 6

Tarikh  :  8 Mac 2018
Masa    :  11.30 pagi
Tempat:  Bilik Operasi UPSR

Salam...
Alhamdulillah. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.  Hampir 95% ibu bapa hadir.
Semoga program seumpama ini mampu menjalinkan hubungan kekitaan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid-murid tahun 6.













Tuesday, 6 March 2018

Bersama Penulis BLINK - Rashiela Nurain

Salam.....
Penulis BLINK, Rasheila Nurain bersama dengan anak-anak KGemS. Seronok sangat anak-anak mendengar celoteh, input dan ilmu yang disampaikan.












Sekian....

Friday, 2 March 2018

Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-14

Salam ceria.....

PENDAHULUAN

Kegiatan dan aktiviti sukan di sekolah memainkan peranan yang penting ke arah pembangunan diri seseorang individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malahan kegiatan sukan juga boleh memberikan pengalaman lain seperti kemahiran bersosial, kemahiran memimpin dan pembentukan sahsiah diri. Memandangkan kepada hakikat tersebut, penganjuran kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang berlandaskan kepada dasar kementerian iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid. Atas kesedaran ini, maka Jawatankuasa Sukan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh sentiasa memberikan perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid.




  



























Tahniah semua. Kalian memang hebat.

Sekian...