Tarikh : 15 Ogos 2017
Tempat : Dataran Perhimpunan
Perasmi : Tuan Guru Besar
Salam ceria dan salam kemerdekaan....
Semoga pembaca sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman bangsa asing seterusnya bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.
Sambutan kali ini tetap meriah walaupun disambut secara sederhana. Sokongan padu daripada pihak pengurusan selain AJK sambutan yang sangat komited terhadap tugas yang diberikan menjadikan majlis pelancaran berjalan dengan begitu lancar.

Objektif
1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.
2. Mencungkil bakat pelajar.
3. Menguji pengetahuan am para pelajar
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
5. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
6. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.
7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.
Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh. Justeru, satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua murid dalam semua aktiviti yang telah dirancang dengan baik bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Terima kasih semua.
Salam hormat
Norita bt Jusoh
No comments:
Post a Comment