Wednesday, 16 August 2017

MAJLIS TEMU MURNI, DIALOG PRESTASI DAN PEMUAFAKATAN STRATEGIK IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 6 KALI KE-3

Tarikh       :  15 Ogos 2017

Masa         :  11.00 pagi

Tempat      :  Kantin SKKG

Anjuran     :  Jawatankuasa Peningkatan UPSR SKKG 2017



Objektif:

  • Membuka minda murid-murid mengenai tahap pencapaian mereka.
  • Melahirkan murid-murid yang berwawasan.
  • Mengadakan kerjasama erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi calon-calon UPSR 2017.





Para guru tahun 6 yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.



Para ibu bapa mencatat kehadiran masing-masing.



Perbentangan analisis pencapaian calon-calon UPSR.



Tahniah adik Nur Rasyeedah bt Mohd Azam yang berjaya meraih 6A dalam Ujian Percubaan UPSR 2017.




Kata- kata semangat dan ucapan tahniah daripada wakil PPD Kuala Nerus.



Motivasi daripada wakil PPD Kuala Nerus sebagai bekalan untuk murid-murid menghadapi UPSR 2017.


Terima kasih semua yang menjayakan program tersebut.

Salam hormat
Norita bt Jusoh.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SKKG

Tarikh   : 15 Ogos 2017
Tempat  :  Dataran Perhimpunan
Perasmi :  Tuan Guru Besar

Salam ceria dan salam kemerdekaan....
Semoga pembaca sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.  Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman bangsa asing seterusnya bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.






Sambutan kali ini tetap meriah walaupun disambut secara sederhana.  Sokongan padu daripada pihak pengurusan selain AJK sambutan yang sangat komited terhadap tugas yang diberikan menjadikan majlis pelancaran berjalan dengan begitu lancar.






Objektif

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.

2. Mencungkil bakat pelajar.

3. Menguji pengetahuan am para pelajar

4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.

5. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.

6. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.

7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada     luput ditelan zaman.





Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh. Justeru, satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua murid dalam semua aktiviti yang telah dirancang dengan baik  bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terima kasih semua.  




Salam hormat
Norita bt Jusoh



Monday, 14 August 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN MAC HINGGA JULAI

Tarikh    :   13 Ogos 2017

Tempat  :   Dataran Perhimpunan

Anjuran  :  JK Guru Penyayang SKKG


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pihak SK Kampung Gemuroh kerana telah mengadakan Majlis Sambulan Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Mac sehingga Julai 2017.




OBJEKTIF

1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Kampung Gemuroh

2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang

3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi sekolah.






MATLAMAT

1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang disekolah.

2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah












Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke  arah  mengeratkan hubungan guru, murid dan warga  sekolah. Usaha ini dapatmewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia