Alhamdulillah.....bersyukur kepada Allah swt , selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad saw .
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat saya dan cikgu Asmad kerana diraikan dalam satu majlis lambaian kasih.Saya yakin dan percaya majlis tersebut diadakan dengan penuh gemilang hasil kerjasama dan komitmen semua pihak.Majlis tersebut akan menjadi ingatan berterusan.Terima kasih semua pihak yang memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut walaupun majlis tersebut diadakan pada hari-hari terakhir bulan Ramadan dan bercuti hari raya Aidilfitri.Dalam kesempitan waktu dan masa,cikgu-cikgu cuba menyiapkan montaj, parking lot PA 21,hadiah dan sebagainya.Mudah-muadahan usaha murni cikgu diberi ganjaran pahala daripada Allah swt.
Saya dan cikgu Asmad ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf di atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang kami menjalankan tugas di SK Kampung Gemuroh.Kami berharap pentadbir ,semua guru,ahli PIBG,dankomuniti teruskan visi dan misi ke arah kecemerlangan SK Kampung Gemuroh.Saya yakin dan percaya SKKG boleh melahirkan murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Sekian,
Ikhlas dari Admin
Zaidon@Mohamad B Abu Bakar
(GPK Kokurikulum 16.10.2015 hingga 15.06.2017)
Update terakhir drp saya.
2 Julai 2017 (Ahad).
Terima kasih kerana masih mengemas kini blog walaupun telah meninggalkan SK Kampung Gemuroh. Semoga ukhwah tidak terputus dengan pertukaran cikgu berdua.
ReplyDeleteSaya akan kembali insyallah
ReplyDelete