Wednesday, 19 July 2017

Pendidikan Bersama Stabilo 2017




Assalamualaikum...
Salam Ceria dan Salam Manis


Pendidikan Bersama Stabilo 2017 telah diadakan pada hari ini jam 11.35 pagi di kantin SKKG.  Program ini disasarkan kepada semua murid SKKG.  Program tersebut telah dikendalikan oleh dua wakil Stabilo iaitu Encik Fakhruddin bin Muhammad dan Encik Taufik bin Sulong.






            

         



Program ini membuka minda murid-murid tentang keupayaan diri mereka selain mengenal pasti kebolehan diri masing-masing.  Program ini pada keseluruhannya memberi impak yang besar untuk jangka masa yang panjang.  











Semoga, para murid sekolah ini dapat memanfaatkan apa yang disampaikan oleh pihak Stabilo.  Semoga program yang diadakan ini akan terus dilaksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang.







Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Stabilo amnya, Encik Fakhruddin bin Muhammad dan Encik Taufik bin Sulong khasnya. Semoga bertemu lagi untuk siri yang akan datang.


Salam hormat
Norita bt Jusoh

Sunday, 16 July 2017

Perjumpaan Mentor Mentee Kali ke-2



Salam Ceria...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam....

Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi.





Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan mentor.







Setiap kelas telah dibekalkan dengan modul yang disediakan oleh JK Guru Penyayang. Namun begitu, kesesuaian tajuk yang diberikan adalah mengikut penerimaan murid-murid di dalam kelas. Mentor harus bijak dalam menangani permasalahan murid-murid dengan tajuk yang diberikan.






Besar harapan, agar program mentor mentee dapat mewujudkan murid-murid ke arah kemenjadiaan dalam meningkatkan prestasi SK Kampung Gemuroh.


Salam hormat
Norita bt Jusoh

Friday, 14 July 2017

Sambutan Hari Raya Kelas Fardhu Ain, Masjid Kampung Gemuroh, Kuala Nerus, Terengganu

Salam ceria...
Salam Jumaat....

Hari ini, semua guru dan murid tahun 6 SK Kampung Gemuroh yang terlibat dengan kelas tambahan hujung minggu telah dijemput untuk menghadiri sambutan raya bagi kelas fardhu ain di Masjid Kampung Gemuroh.




Kami ke sana pada jam 10.00 pagi selepas selasai slot pertama pdpc pada hari ini. Santai kami berjalan kaki ke sana.  Kehadiran kami disambut mesra oleh jawatankuasa masjid.







Juadah ringkas yang dihidangkan ternyata mampu memancing selera kami. Sambil makan, kami beramah mesra antara satu sama lain.






Buat pengetahuan semua, kelas fardhu ain bagi anak-anak tempatan diadakan setiap hari Jumaat mulai jam 8.00 pagi.  Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa masjid yang memikirkan alternatif dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak tempatan.





Majlis yang serba ringkas ini ternyata mempamerkan kemeriahan di kalangan anak-anak.

Kami, pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jemputan. Alhamdulillah, rezeki kami pada hari Jumaat,penghulu segala hari.

Salam hotmat,
Norita bt Jusoh